Pagi Lebih Tenang, Perjalanan Lebih Selamat: Adakah Konsep Slow Morning Praktikal?

Konsep “slow morning” semakin popular sebagai satu pendekatan untuk memulakan hari dengan lebih tenang dan teratur. Rutin ini lazimnya melibatkan bangun lebih awal, menyediakan keperluan harian tanpa tergesa-gesa, menikmati sarapan, melakukan regangan ringan serta mengambil sedikit masa untuk mempersiapkan diri sebelum memulakan sesuatu aktiviti. Walaupun berasal daripada trend gaya hidup Barat, konsep ini sebenarnya boleh disesuaikan dengan kehidupan masyarakat Malaysia.

Antara aspek yang sering kita terlepas pandang dalam kesibukan waktu pagi ialah keselamatan. Keadaan tergesa-gesa ketika bersiap atau mengejar masa untuk ke tempat kerja boleh menyebabkan seseorang kurang fokus, mudah melakukan kesilapan dan memandu secara terburu-buru. Risiko ini menjadi lebih tinggi terutamanya ketika berhadapan dengan kesesakan lalu lintas atau ketika mengejar waktu persekolahan dan waktu bekerja.

Mengamalkan rutin pagi yang lebih terancang boleh membantu mengurangkan tekanan dan memberi masa yang mencukupi untuk membuat persediaan sebelum keluar rumah. Rutin harian seperti Menyediakan pakaian, beg dan barangan keperluan pada malam sebelumnya, bangun sedikit lebih awal serta memeriksa keadaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan merupakan langkah mudah yang boleh diamalkan.

Namun begitu, “slow morning” tidak bermaksud seseorang perlu mengambil masa berjam-jam untuk bersantai. Sebaliknya, konsep ini boleh disesuaikan mengikut kemampuan dan rutin masing-masing.

Kesimpulannya, pagi yang lebih teratur bukan sahaja dapat meningkatkan keselesaan dan produktiviti malah berpotensi menyumbang kepada keselamatan diri. Mengurus masa dengan baik dan mengelakkan sikap tergesa-gesa adalah merupakan langkah kecil yang boleh menjadikan perjalanan serta permulaan hari lebih selamat.

Sumber:https://medium.com/@lovettdustin4/the-quiet-power-of-slow-mornings

 

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …