PEMEGANG KAD UNHCR MASIH TERTAKLUK KEPADA UNDANG-UNDANG IMIGRESEN

Pelarian Rohingya yang memegang kad UNHCR masih dikategorikan sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan tertakluk kepada Akta Imigresen 1959/63.

Pengecualian yang diberikan hanya melibatkan dua kesalahan imigresen, iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah serta tinggal lebih masa. Pengecualian ini bukan pelepasan daripada peruntukan lain di bawah Akta Imigresen.

Ini bermakna pemegang kad UNHCR tidak boleh bekerja tanpa pas atau permit yang sah dan tindakan boleh diambil sekiranya mereka melakukan kesalahan imigresen lain. Majikan yang menggaji mereka juga boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Jangan keliru. Jangan sebarkan maklumat yang tidak tepat. Fahami fakta dan undang-undang yang berkuat kuasa. Ketahui fakta melalui infografik ini, layari laman web dan media sosial rasmi Jabatan Imigresen Malaysia untuk maklumat yang sahih dan tepat.

 

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

Artikel/Berita Terkini

Barah Judi Atas Talian di Kalangan Belia Membimbangkan: Impak dan Langkah Menangani

Isu perjudian dalam talian (judi online) di Malaysia kini semakin membarah dan menjadi barah sosial dalam kalangan belia. Berdasarkan kenyataan …

Kenderaan Rosak Tersadai Di Parkir Awam dan Tepi Jalan: Impak dan Langkah Menangani

Fenomena kenderaan rosak, buruk dan terbiar yang ditinggalkan di petak parkir awam, PPR dan bahu jalan semakin kritikal.Di seluruh negara, …

Kes Penemuan Mayat Bayi Tanpa Kepala di Hulu Terengganu: Di Mana Kepincangan dan Penyudahnya

Penemuan mayat bayi tanpa kepala di dalam longkang Taman Perumahan Padang Setengge, Hulu Terengganu pada 16 Oktober 2026 telah menggemparkan …