TIADA KEJADIAN LELAKI BERSENJATA MASUK SEMPORNA, LAHAD DATU: POLIS

KUALA LUMPUR: Tiada kejadian sekumpulan lelaki bersenjata masuk ke Semporna dan Lahad Datu, Sabah seperti didakwa dalam hantaran yang tular di media sosial, kata Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Victor Sanjos.

Beliau berkata situasi keselamatan di kedua-dua kawasan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan dakwaan tersebut.

“Hantaran yang tular itu tidak benar dan kita ambil maklum berhubung gambar yang dimuat naik di media sosial… setakat ini, keadaan masih terkawal dan pemantauan kita berterusan bagi mengesan sebarang ancaman atau aktiviti mencurigakan yang boleh menjejaskan keselamatan penduduk serta kawasan perairan Sabah Timur,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Victor berkata ESSCOM sentiasa menjalankan pemantauan dan kawalan keselamatan khususnya di perairan serta lokasi strategik dalam Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone).

Beliau juga berkata sebarang maklumat berkaitan ancaman keselamatan hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan dan pengesahan lanjut.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …