PANDUAN DAN LANGKAH KESELAMATAN MENINGGALKAN RUMAH KETIKA BERCUTI UNTUK TEMPOH YANG LAMA

Bercuti panjang sempena musim perayaan atau cuti sekolah memang dinantikan. Namun, rumah yang kosong dalam tempoh lama boleh menjadi sasaran penceroboh. Oleh itu, langkah keselamatan perlu dirancang rapi sebelum meninggalkan kediaman.

1. Langkah Keselamatan Asas Di Rumah

Pastikan semua pintu, tingkap dan grill dikunci dengan kemas. Pasang lampu sensor atau timer di ruang tamu agar rumah kelihatan berpenghuni. Elakkan memuat naik gambar percutian di media sosial secara langsung. Maklumkan kepada jiran atau Pengerusi Rukun Tetangga untuk sama-sama memantau keadaan rumah. Cabut suis elektrik dan paip gas bagi mengelak kebakaran. Bagi rumah teres, letakkan kenderaan di dalam pagar dan minta jiran alihkan kenderaan secara berkala.

2. Peranan PDRM: Kempen “Ops Rumah Selamat”

Bagi membantu orang awam, PDRM menyediakan perkhidmatan “Ops Rumah Selamat” di bawah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, JPJKK.

Pemilik rumah boleh membuat permohonan di balai polis berhampiran supaya anggota MPV dan URB melakukan rondaan berkala di kawasan kediaman sepanjang tempoh ketiadaan. Menurut sumber PDRM, antara Januari hingga Oktober tahun ini, MPV dan URB PDRM berjaya membuat lebih 19,000 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan jenayah, mencerminkan komitmen tinggi dalam menjaga keselamatan awam. PDRM turut menasihati orang ramai supaya proaktif dan mematuhi SOP keselamatan.

Kesimpulan
Keselamatan rumah dan perjalanan adalah tanggungjawab bersama. Dengan merancang awal, bekerjasama dengan PDRM melalui Ops Rumah Selamat dan mematuhi kempen JPJ, kita dapat bercuti dengan tenang tanpa kerisauan. Rumah selamat, perjalanan selamat, barulah hati senang.

Sumber:

1. PDRM melalui JPJKK: Rondaan MPV/URB dan 19,000 tangkapan
2.https://www.sinarharian.com.my/article/67189/suara-sinar/analisis-sinar/jangan-biar-penjenayah-beraya-di-rumah-kita

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …