Komunikasi yang baik merupakan asas penting dalam membina dan mengekalkan hubungan persahabatan. Namun, kesilapan dalam berkomunikasi boleh menimbulkan salah faham, konflik dan akhirnya merosakkan hubungan.
Antara kesilapan yang sering berlaku ialah tidak menjadi pendengar yang baik. Sikap tidak memberi perhatian ketika rakan bercakap boleh menyebabkan mereka berasa tidak dihargai atau tidak difahami.
Selain itu, terlalu suka mengkritik juga boleh menjejaskan persahabatan. Teguran yang disampaikan tanpa menjaga perasaan boleh menimbulkan rasa tersinggung dan menjauhkan hubungan. Tindakan membocorkan rahsia pula boleh menyebabkan kepercayaan yang dibina menjadi musnah. Kejujuran dan sikap menjaga amanah amat penting dalam setiap persahabatan.
Penggunaan kata-kata yang menyakitkan hati serta sikap tidak jujur atau menyembunyikan perasaan juga boleh mencetuskan konflik. Sebaliknya, komunikasi secara terbuka, sopan dan berhemah dapat membantu menyelesaikan masalah dengan lebih baik.
Justeru, setiap individu perlu menjaga tutur kata, belajar mendengar dan menghormati perasaan orang lain. Komunikasi yang positif bukan sahaja mengelakkan perselisihan, malah membantu mengukuhkan persahabatan untuk jangka panjang.

Sumber: Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia



