KOMITMEN PENGARAH JPN MELAKA : AKU JANJI KEPATUHAN POLISI PERLINDUNGAN MURID

Melaka – Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, menandatangani Aku Janji ini sebagai komitmen dan amanah untuk memastikan setiap murid dilindungi, dihormati dan didengari.

Beriltizam untuk mengutamakan kepentingan terbaik murid, memastikan mereka berada dalam persekitaran yang selamat, sejahtera dan bebas daripada ancaman, diskriminasi serta sebarang perlakuan yang menjejaskan keselamatan, maruah dan kesejahteraan mereka.
Berani untuk bertindak dengan integriti, akauntabiliti dan profesionalisme, serta memastikan setiap isu dan aduan berkaitan perlindungan murid ditangani dengan segera, berhemah dan mengikut ketetapan yang berkuat kuasa.
Sebahagian Guru-Guru Yang Menandatangani Aku Janji 
Aku Janji ini bukan sekadar tandatangan, tetapi satu ikrar amanah kepada setiap murid, ibu bapa, warga pendidikan dan masyarakat.
Komitmen pengurusan tertinggi di JPN dan PPD Melaka Tengah ditunjukkan oleh Puan Hajah Mahfudzah binti Mohamed Noor, Pengarah Pendidikan dan Encik Mohd Yusri Seman, Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah telah melaksanakan Aku Janji Kepatuhan Polisi Perlindungan Murid (PPM) Sekolah di SMK Munshi Abdullah melibatkan pengetua, pentadbir dan guru-guru tingkatan 6. Manakala di SK Batu Berendam telah dilaksanakan Aku Janji Kepatuhan PPM melibatkan Guru Besar, pentadbir dan guru-guru serta ibu bapa murid yang hadir ke sekolah.
Demi keselamatan, maruah, kesejahteraan dan masa depan setiap murid di Negeri Melaka.
Sumber : Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …