MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN TAWAR INSENTIF RM50 SERAH ANJING TERBIAR

MAJLIS Bandaraya Seremban (MBS) menawarkan insentif kepada penduduk yang menyerahkan anjing terbiar secara sukarela menerusi Program Pemberian Insentif Penyerahan Anjing Terbiar Secara Sukarela 2026.

Program yang akan bermula pada 24 Ogos ini bertujuan membantu mengawal populasi anjing terbiar selain meningkatkan kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan komuniti di kawasan pentadbiran MBS. Berdasarkan perkongsian di Facebook MBS, insentif sebanyak RM50 bagi seekor anjing dewasa dan RM25 bagi anak anjing berusia bawah enam bulan ditawarkan.

Antara syarat ditetapkan ialah pemohon mestilah warganegara Malaysia dan penduduk dalam kawasan pentadbiran MBS. Anjing yang diserahkan mestilah dalam keadaan hidup, tidak mengalami kecederaan serius atau didera serta tidak berlesen atau mempunyai bukti pemilikan.

Penyerahan boleh dilakukan kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran, Wisma MBS, antara pukul 9 pagi hingga 4 petang, tertakluk kepada tarikh, lokasi dan arahan pegawai MBS. Pemohon akan dihubungi pihak MBS bagi memaklumkan status permohonan serta penyerahan salinan borang yang disahkan dalam tempoh tujuh hari bekerja. Menurut MBS, anjing yang diserahkan akan dihantar ke paun milik MBS yang diuruskan oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik bagi penjagaan.

Orang ramai yang berminat boleh mengimbas kod QR pada poster program untuk membuat permohonan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran MBS di talian 06-7654246 atau 06-7654298.

Sumber: MStar online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …