LAWATAN PENANDA ARAS MKN NEGERI MELAKA KE MELAKA DIGITAL COMMAND CENTRE (MD2C)

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Melaka Digital Command Centre (MD2C), Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Delegasi MKN Negeri Melaka diketuai oleh Tuan Norazle Sulaiman, Pengarah Keselamatan Negeri Melaka.
Lawatan turut disusuli dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Encik Mohd Shaiful Nizam bin Azizan, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, berkaitan peranan, fungsi serta pengoperasian MD2C.
Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada delegasi MKN Negeri Melaka mengenai pengoperasian MD2C, di samping meningkatkan pemahaman terhadap penggunaan teknologi dan sistem digital dalam aspek pemantauan, pengurusan maklumat serta penyampaian maklumat secara bersepadu dan berkesan.
Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh perkongsian pengetahuan serta penerapan teknologi digital dalam menyokong pengurusan keselamatan dan kesiapsiagaan di peringkat negeri.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …