JANGAN TERPEDAYA DENGAN TAWARAN KERJA TIDAK WUJUD

โš ๏ธ ๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐“๐„๐‘๐๐„๐ƒ๐€๐˜๐€ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐–๐”๐‰๐”๐ƒ!โš ๏ธ
Peluang pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lumayan tanpa pengalaman mungkin kelihatan menarik, namun hakikatnya ia boleh menjadi perangkap sindiket penipuan.
๐Œ๐จ๐๐ฎ๐ฌ ๐Ž๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ง๐๐ข
๐Ÿšจ Menawarkan kerja sambilan atau kerja dari rumah melalui WhatsApp, Telegram, Facebook atau TikTok.
๐Ÿšจ Menjanjikan komisen tinggi hanya dengan โ€œlikeโ€, โ€œfollowโ€, โ€œreviewโ€ atau membuat tempahan palsu.
๐Ÿšจ Meminta mangsa membuat bayaran pendahuluan bagi โ€œmengaktifkan tugasanโ€ atau โ€œmenaik taraf akaunโ€.
๐Ÿšจ Pada awalnya mangsa menerima sedikit keuntungan bagi mendapatkan kepercayaan, sebelum dipujuk membuat bayaran yang lebih besar.
๐Ÿšจ Akhirnya wang lesap dan penipu menghilangkan diri.
๐‹๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข ๐€๐ง๐๐š
๐Ÿ’ก Jangan mudah percaya tawaran kerja yang terlalu lumayan.
๐Ÿ’ก Buat semakan no. akaun dan nombor telefon melalui portal semak mule https://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi.
๐Ÿ’ก Semak latar belakang syarikat dan individu yang menawarkan pekerjaan.
๐Ÿ’ก Berhati-hati jika komunikasi hanya melalui aplikasi pesanan tanpa proses temuduga yang sah.
๐Ÿ“ข ๐ˆ๐ง๐ ๐š๐ญ!
Pekerjaan yang sah tidak meminta anda mengeluarkan wang sendiri untuk memulakan kerja.
Sekiranya anda mengesyaki telah menjadi mangsa penipuan, segera hubungi talian ๐๐’๐‘๐‚ ๐Ÿ—๐Ÿ—๐Ÿ• dan buat laporan polis dengan kadar segera.
Sumber : Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.ย  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR ย KOTA KINABALU: Sindiket โ€˜bomoh Cinaโ€™ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …