HARI MALAYSIA: SIMBOL SATU PERPADUAN, SATU NEGARA, SATU TANGGUNGJAWAB

Tanggal 16 September 2026 kembali menjadi detik penting untuk seluruh rakyat Malaysia bagi menyambut “Hari Malaysia”.Ia adalah satu tarikh yang melambangkan pembentukan Malaysia melalui penyatuan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada tahun 1963. Hari Malaysia juga mengingatkan kita bahawa kekuatan sesebuah negara lahir daripada kesediaan rakyat untuk bersatu dalam kepelbagaian kaum, bangsa dan agama.

Malaysia dibina atas sejarah, pengorbanan dan kesepakatan yang panjang. Perbezaan negeri, etnik, bahasa, budaya dan kepercayaan bukan alasan untuk kita berpecah sebaliknya merupakan keunikan yang membentuk identiti Malaysia. Dalam kepelbagaian itulah terletaknya kekuatan negara apabila setiap rakyat saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

Sambutan Hari Malaysia seharusnya tidak terhenti pada pengibaran Jalur Gemilang atau penganjuran program sambutan semata-mata. Ia perlu diterjemahkan melalui tindakan dan sikap dalam menjalani kehidupan seharian.Sikap   menghormati undang-undang, menjaga keharmonian masyarakat dan menolak kebencian merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai rakyat malaysia.

Dalam dunia yang semakin mencabar, perpaduan menjadi benteng penting dalam mempertahankan kestabilan dan keselamatan negara. Ancaman terhadap negara bukan hanya datang dalam bentuk fizikal Sahaja tetapi juga melalui penipuan, jenayah siber, ekstremisme, maklumat palsu dan usaha memecahbelahkan masyarakat.

Hari Malaysia juga mengajar kita bahawa membina negara bukan tugas satu pihak sahaja. Setiap rakyat mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri. Kita mungkin berbeza dari segi latar belakang, tetapi kita berkongsi tanah air yang sama, bendera yang sama dan masa depan yang sama.

Justeru itu, marilah kita menjadikan Hari Malaysia 2026 sebagai ruang untuk memperbaharui tekad mempertahankan perpaduan, kedaulatan dan keamanan negara. Malaysia bukan sekadar tempat kita tinggal, tetapi tanah air yang menjadi amanah untuk kita jaga dan wariskan.

Sumber:https://pustakailmu.arkib.gov.my/index.php/ms/pustaka-ilmu/jendela-sejarah/penubuhan-malaysia-16-september-1963

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …