MINI KARNIVAL KESELAMATAN KOMUNITI MADANI KAMPUNG SUMBILING PERKUKUH KESELAMATAN KOMUNITI

BONGAWAN, 8 Ogos 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah telah menganjurkan Program Mini Karnival Keselamatan Komuniti MADANI Kampung Sumbiling: “Memperkukuh Keselamatan dan Ketahanan Komuniti Bersama MKN Sabah” di Padang SK Sumbiling.

Program yang berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 3.00 petang itu mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran hampir 500 orang pengunjung, terdiri daripada penduduk setempat, warga sekolah, PIBG, sukarelawan komuniti serta pelbagai agensi kerajaan.

 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Mohamad bin Alamin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) merangkap Ahli Parlimen P.176 Kimanis, dan turut dihadiri YBhg. Datuk Yahya bin Sulaiman, Pengarah Keselamatan Negeri Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk senamrobik komuniti, pameran dan perkhidmatan agensi, pemeriksaan kesihatan, Jualan Rahmah MADANI, persembahan Pentarama JAPEN serta taklimat keselamatan digital oleh NADI.

 

Aspek kesiapsiagaan turut diketengahkan menerusi demonstrasi memadam kebakaran oleh JBPM, selain taklimat Dasar Keselamatan Negara (DKN) oleh MKN Sabah.

Program ini menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan negara, keselamatan digital dan kesiapsiagaan komuniti, di samping memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan dengan masyarakat setempat.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …