7 NASIHAT DALAM DUNIA PEKERJAAN

Dalam dunia pekerjaan, bukan semua usaha akan terus dihargai, bukan semua perjalanan akan sentiasa mudah. Namun, sikap dan integriti yang kita pegang akan menentukan sejauh mana kita mampu melangkah.

✅ Teruskan bekerja dengan profesional walaupun tidak dipuji.
✅ Jangan berhenti berusaha walaupun hasil belum kelihatan.
✅ Fokus pada pembangunan diri, bukan kelemahan orang lain.
✅ Sentiasa tingkatkan ilmu dan kemahiran.
✅ Kekalkan integriti walau dalam apa jua keadaan.
✅ Terima teguran dengan hati yang terbuka.
✅ Ketahui nilai diri dan berani mencari peluang yang lebih baik.

Ingat, kejayaan bukan sekadar tentang pangkat atau ganjaran, tetapi tentang menjadi insan yang lebih baik setiap hari.

“Bekerjalah dengan ikhlas, belajar dengan rendah hati, dan pulang dengan hati yang tenang.”

Sumber : Institut Integriti Malaysia

Artikel/Berita Terkini

TIPS KESELAMATAN AKTIVITI MENYELAM

Sebelum turun ‘explore’ keindahan dasar laut, jom semak tips penting daripada Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Agensi Penguatkuasaan Maritim …

KENALI DAN LINDUNGI DARIPADA SINARAN ULTRA UNGU

Dalam keadaan cuaca yang lebih panas, kurang hujan dan langit yang lebih cerah, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika …

SEMAK TAKWIM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM)

Jangan susah hati. KPDN dah sediakan 3 cara pantas untuk semak takwim PJRM. Selain daripada portal rasmi dan aplikasi mudah …