TIPS KESELAMATAN SEMASA MENGUNDI

SEBELUM DAN SEMASA PERJALANAN

  • Sentiasa semak masa lokasi pusat mengundi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
  • Keluar lebih awal untuk mengelakkan kesesakan trafik dan sampai ke pusat mengundi dengan tenang.
  • Pastikan barang berharga seperti beg tangan dan dompet disimpan dengan selamat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini

 

SEMASA BERADA DI PUSAT MENGUNDI

  • Sediakan Kad Pengenalan (MyKad) di tangan untuk memudahkan proses semakan.
  • Ikut arahan petugas SPR dan dipatuhi tanda arah yang disediakan di dalam dewan.
  • Jangan dedahkan pilihan undi anda kepada sesiapa dan tidak mengambil gambar atau video kertas undi di dalam bilik mengundi.
  • Amalkan penjarakan fizikal sekiranya perlu dan pakai pelitup muka jika bergejala bagi melindungi keselamatan kesihatan awam.

 

LARANGAN KESELAMATAN UTAMA

  • Elakkan daripada memakai baju, topi atau membawa sebarang barangan yang mempunyai logo, nama, atau simbol parti politik.
  • Jangan berkempen, mengedar risalah atau merayu undi di dalam atau berhampiran kawasan pusat mengundi.

 

Sumber  : Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi,
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …