BAGAIMANA DARAH TINGGI MENYEBABKAN PENDARAHAN OTAK

Ramai yang menghidap tekanan darah tinggi masih boleh bekerja, ketawa dan menjalani kehidupan seperti biasa. Kerana itulah ramai menyangka mereka sihat.

Hakikatnya, tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh merosakkan salur darah secara perlahan-lahan. Sehinggalah suatu hari, salur darah di otak pecah dan hidup berubah dalam sekelip mata. Bukan sekadar kos rawatan.

Tetapi mungkin hilang keupayaan bekerja.
Mungkin perlu bergantung kepada orang lain.
Mungkin pasangan terpaksa berhenti kerja untuk menjaga.
Mungkin anak-anak turut merasai kesannya.

Tiada siapa yang merancang untuk sakit. Tetapi setiap daripada kita boleh merancang supaya apabila ujian datang, keluarga tidak turut terbeban.

Sebab itu, selain menjaga kesihatan, pastikan kita juga mempunyai perlindungan yang mencukupi.

✔️ Kawal tekanan darah.
✔️ Ambil ubat seperti diarahkan.
✔️ Amalkan gaya hidup sihat.
✔️ Dan sediakan pelan perlindungan sebelum terlambat.

Kerana bila sakit sudah berlaku, bukan semua perlindungan masih boleh dipohon.

Kesihatan adalah anugerah. Perlindungan adalah ikhtiar. Jangan tunggu sehingga yang tinggal hanyalah penyesalan.

 

Sumber : Public Health Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …