KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi) 

Yang Berbahagia Dato’ Haji Baderul Amin bin Abdul Hamid, Datuk Bandar Seberang Perai telah menerima kunjungan hormat daripada Pengurusan Kanan Petronas Chemicals Fertiliser Kedah (PCFK) di Pejabat Datuk Bandar Seberang Perai sebagai usaha memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua organisasi. Delegasi PCFK diketuai oleh Encik Mohamad Norazrun bin Azizan, Ahli Pengurusan Kanan PCFKSB merangkap Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Pentadbiran. Turut hadir adalah Puan Normaira binti Abdul Rahman, Pengarah Korporat MBSP dan Puan Amira binti Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan Perbandaran MBSP.
                                                                                                                                                                                     Kunjungan tersebut dimulakan dengan sesi suai kenal sebelum diteruskan dengan perkongsian ringkas mengenai operasi perniagaan PCFK di Gurun, Kedah serta Urea Export Terminal di Penang Port. Perbincangan ini turut membuka ruang untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama yang mampu memberi manfaat kepada pembangunan mampan dan kesejahteraan komuniti.
                                                                                                                                                                                   Sumber  :  Majlis Bandaraya seberang Perai  https://www.facebook.com/mbsp.pg

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …