DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Yang Berbahagia Dato’ Haji Baderul Amin bin Abdul Hamid, Datuk Bandar Seberang Perai hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Seberang Jaya yang diketuai oleh Encik Mohd Majdy bin Mohd Said, Ketua Cawangan di Pejabat Datuk Bandar Seberang Perai. Turut hadir adalah Puan Siti Haslinda binti Hasan, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Encik Sharul Nizam bin Shazalee, Penolong Pengarah Kanan Perhubungan Komuniti MBSP.
Kunjungan tersebut menjadi platform bagi memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara MBSP dan KWSP, di samping membuka ruang perbincangan mengenai potensi kolaborasi dalam aspek kesejahteraan sosial serta perlindungan kewangan masyarakat, khususnya penduduk di Seberang Perai.
Melalui pertemuan ini, MBSP mengalu-alukan jalinan kerjasama yang lebih erat bersama KWSP dalam usaha memperkasakan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan perancangan kewangan dan kesejahteraan hidup, selaras dengan aspirasi pembangunan bandar yang mampan serta berorientasikan rakyat.
Sumber : Majlis Bandaraya Seberang Perai https://www.facebook.com/mbsp.pg



