Budaya hedonisme adalah satu gaya hidup yang mengejar keseronokan, hiburan dan kepuasan segera tanpa fikir kesan jangka panjang. Budaya ni kian hari kian merebak dan ianya sampai menular dalam kalangan mahasiswa di universiti tempatan.
Limpahan kesannya adalah begitu besar disebabkan golongan ni bakal jadi pemimpin masa depan.
KESAN KEPADA INDIVIDU MAHASISWA
Membicarakan mahasiswa tidak lengkap tanpa menyebut soal akademik. Hedonisme ini akan membawa kesan kepada kemerosotan prestasi akademik
Mahasiswa yang terkesan dengan budaya hedonisme ini akan beralih fokus dari belajar ke konsert, clubbing, kafe mahal, content creation 24 jam. KPI masing-masing bertukar menjadi “berapa like dapat” bukan “berapa pointer dapat”. Ramai mahasiswa terkesan budaya ini menyebabkan gagal dalam akademik dan pointer peperiksaan jatuh sebab kerap ponteng kelas.
- Masalah kewangan & hutang
Budaya hedonisme di kalangan mahasiswa menyebabkan perkara yang dikejar adalah lifestyle terkini seperti iPhone baru, kereta sewa, cafe hopping, travel.
Ada kalangan mahasiswa yang terperangkap gaya hidup mewah memilih menggunakan kad kredit/PTPTN untuk benda bukan keperluan. Hal ini menyebabkan ramai terjerat hutang awal usia.
- Kesihatan mental & fizikal
Amalan budaya hedonisme ini menyebabkan masa tidur tak cukup, diet tak terjaga, stress bila tak dapat “aesthetic life” macam di TikTok/IG. Selain itu juga mahasiswa terlibat akan mudah cemas, FOMO, kemurungan.
Menilai dari aspek kerohanian dan nilai diri pula akan membawa kepada solat ditinggal atau tidak terjaga, batas pergaulan diabaikan. Prinsip agama dan budaya ketimuran diketepikan atas sebab akan dianggap “old school”.
Tidak lengkap budaya ini tanpa melihat implikasi kepada kampus dan masyarakat sekeliling.
Hedonisme akan membawa kepada budaya kampus kurang sihat dan merosotnya aktiviti berfaedah seperti kelab akademik, sukarelawan. Yang diganti adalah aktiviti yang trending seperti program hiburan, fashion, gaya hidup mewah.
Budaya ini berisiko membawa jurang sosial yang besar dan kewujudan “kasta” berdasarkan jenama, kereta, tempat lepak. Tidak dapat tidak pelajar dari kategori B40 rasa terpinggir, rendah diri.
Keberhasilan mutu graduan pula akan kurang berkualiti untuk pasaran kerja dan akan menimbulkan rungutan majikan di mana lahirnya graduan yang kurang berdisiplin, kerja semua nak dengan cara mudah dan tidak tahan cabaran.
Skill murni pekerja seperti etika kerja yang patuh, akur, menyahut cabaran dan berdikari serta bertanggungjawab akan sikit demi sikit terhakis.
Lebih jauh lagi kita melihat akan imej universiti & negara terjejas dengan kelahiran graduan yang tidak berdisiplin dan hanya sekadar cukup syarat.
Lebih parah lagi bilamana harapan ibu bapa ini untuk hadir belajar di kuliah dibalas dengan kes ponteng, kes disiplin, kes tidak bermoral dan viral yang menyebabkan nama baik universiti tempatan tercalar di mata masyarakat dan antarabangsa.
PUNCA UTAMA PENULARAN
Membicarakan kesan tanpa menyelidik punca seumpama irama tanpa lagu, aur tanpa tebing, hulu tanpa hilirnya.
Perangkap media sosial dan pengaruh Influencer ‘hedon’ yang pamerkan lifestyle “kaya & happy” memainkan peranan besar dalam pengaruh budaya hedonisme di kalangan mahasiswa dan muda mudi.
Selain itu pengaruh rakan sebaya juga turut menambah perisanya dan membawa kepada takut dianggap “pelik” jika tak mengikut trend terkini.
Mahasiswa yang hedon ini mengalami kekosongan masa dan jiwa. Tiada pengisian rohani dan aktiviti berfaedah serta kurang kawalan kendiri dan juga bimbingan
LANGKAH MENGATASI
Pengukuhan jati diri amat penting untuk menghalang budaya ini terus merebak. Program kesedaran, motivasi, dan pengisian rohani di kolej atau di tempat menuntut ilmu amat perlu digarap dengan kemas dan teliti.
Peranan pensyarah dan mentor yang tidak hanya mengajar tapi perlu menjadi role model dan mengisi dengan aktiviti alternatif seperti memperbanyakkan program pembangunan diri, keusahawanan, sukarelawan yang “cool” tapi berfaedah
Tidak lengkap coretan menepis budaya hedonisme ini dengan penerapan literasi kewangan kepada mahasiswa.
Mahasiswa perlu diwajibkan hadir bengkel urus duit PTPTN sebelum bantuan tersebut disalurkan untuk elak gaya hidup melebihi kemampuan
Kesimpulan
Hedonisme dirumuskan mendatangkan keseronokan sementara, tapi bayarannya panjang. Mahasiswa perlu menyedari 4 tahun di universiti adalah pelaburan. Andai disiakan dan dihabiskan untuk seronok saja maka natijahnya merugikan diri sendiri, keluarga dan negara.
Tepuk dada, tanya lah iman.
Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/787120/berita/nasional/pmium-bimbang-budaya-hedonisme-jadi-tradisi-di-um



