PROGRAM (CBSM) PELAJAR PRAUNIVERSITI TINGKATAN ENAM SMK PINAWANTAI, KUDAT BERSAMA MKN SABAH

Kudat, 28 Julai 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah telah menganjurkan Program CBSM Pelajar Prauniversiti Tingkatan Enam SMK Pinawantai, Kudat Bersama MKN Sabah di Dewan SMK Pinawantai, Kudat dengan penyertaan hampir 200 orang pelajar.

 

Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta mengenai Dasar Keselamatan Negara (DKN), memupuk semangat patriotisme serta memberi pendedahan berkaitan keselamatan digital. Antara pengisian program ialah Taklimat Dasar Keselamatan Negara (DKN), taklimat “Lindungi Diri di Dunia Digital” oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), aktiviti Menara Bendera dan Kuiz Keselamatan (Kahoot).

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Malai Fazlan Aswad bin Malai Mustapha, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Perancangan Strategik, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah. Turut hadir YBrs. Encik Abdul Gani bin Japarudin, Pengetua SMK Pinawantai.

Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Kuiz Keselamatan (Kahoot) dan aktiviti Menara Bendera, manakala semua peserta menerima sijil penyertaan secara digital.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …