DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Pameran Keselamatan Jalan Raya sempena Program Madani Kita @ PIHEX 2026 yang berlangsung dari 24 hingga 26 Julai 2026 di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Pameran ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mengamalkan budaya pemanduan berhemah serta mematuhi undang-undang jalan raya demi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.
Sepanjang pameran berlangsung, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti:
Selain itu, orang ramai turut berpeluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan melalui Van JPJ Mobile, antaranya pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM), pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM), pendaftaran ID MySikap/MyJPJ serta semakan dan pembayaran saman.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



