START S.M.A.R.T.

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi) 

Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital Pulau Pinang dengan kerjasama Clinical Research Society of Penang (CRiSP) telah berjaya menganjurkan kursus dan bengkel pendidikan peringkat kebangsaan bertajuk “Start S.M.A.R.T. with Spinal Cord Injury (SCI) Rehabilitation”, yang memfokuskan kepada pemulihan pesakit Spinal Cord Injury (SCI).

Program ini dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan serta memperkasakan kompetensi petugas kesihatan daripada pelbagai disiplin mengenai asas pemulihan pesakit SCI melalui pendekatan S.M.A.R.T., iaitu Safe, Multidisciplinary, Assessment-driven, Rehabilitation-focused, Team-based Care.

Seramai lebih 60 orang peserta dari seluruh negara telah menyertai program ini yang terdiri daripada pakar perubatan, pegawai perubatan, jurupulih fisioterapi, jurupulih carakerja dan jururawat daripada sektor kerajaan serta swasta. Program ini turut menampilkan barisan penceramah berpengalaman daripada pusat rehabilitasi yang mempunyai kepakaran dalam pemulihan Spinal Cord Injury, termasuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan IHT Rehabilitation Centre. Para peserta telah mengikuti sesi teori dan praktikal yang memberi pendedahan menyeluruh mengenai pengurusan serta rehabilitasi pesakit SCI.

Sumber  ;  Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang  https://www.facebook.com/jknpenang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …