LAWATAN KERJA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi) 

Klinik Kesihatan Relau telah menerima lawatan kerja rasmi pertama daripada 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐃𝐫. 𝐙𝐮𝐥𝐡𝐢𝐳𝐳𝐚𝐦 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, bagi meninjau sendiri kemudahan, fasiliti serta penyampaian perkhidmatan kesihatan di klinik ini.

Lawatan ini menjadi platform untuk melihat dengan lebih dekat pelaksanaan operasi harian, kemudahan yang disediakan serta mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan primer kepada masyarakat. Selain itu, sesi ini turut memberi ruang kepada pihak pengurusan dan warga kerja Klinik Kesihatan Relau berkongsi perkembangan semasa, cabaran yang dihadapi serta inisiatif penambahbaikan dalam usaha memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa berkualiti, selamat dan berpusatkan pelanggan.

Sumber  :  Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang  https://www.facebook.com/jknpenang

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …