JELAJAH KEBUN DAPUR MELALAP, DAPAT SAMBUTAN LUAR JANGKA

JELAJAH: Jamawi (Enam Dari Kiri) Bergambar Kenangan Dengan Tetamu Jemputan Yang Hadir Program Jelajah Kebun Dapur Peringkat DUN Melalap, Pada Sabtu.

TENOM: Program Jelajah Kebun Dapur peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap di sini mendapat sambutan menggalakkan selepas berjaya menarik kehadiran masyarakat setempat serta peserta dari kawasan luar termasuk Keningau, untuk memahami inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI).

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, program itu bukan sahaja memfokuskan kepada pembangunan kebun dapur, malah turut diisi dengan ceramah berkaitan akademik, kenegaraan dan semangat cintakan negara.

“Kita melaksanakan Jelajah Kebun Dapur untuk DUN Melalap dan menyediakan pelbagai pengisian sepanjang program ini. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan kehadiran masyarakat dari Melalap dan juga kawasan lain seperti Keningau,” katanya kepada media selepas merasmikan program itu pada Sabtu.

Jamawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, pendekatan yang diperkenalkan menerusi program tersebut berbeza daripada bantuan pertanian konvensional kerana kementerian tidak mahu peserta terlalu bergantung kepada subsidi.

Beliau berkata, sebaliknya kementerian memperkenalkan kaedah potongan harga bagi input pertanian dan ternakan untuk menggalakkan peserta lebih berdikari dalam mengusahakan projek masing-masing.

“Banyak program sebelum ini kurang berjaya kerana terlalu bergantung kepada subsidi. Sebab itu kita memperkenalkan inisiatif potongan harga.

“Anak ayam dijual pada harga RM2.50 seekor berbanding RM5 di pasaran. Anak ikan pula dijual pada harga 15 sen seekor berbanding sekitar 30 sen di luar. Benih nanas MD2 yang biasanya berharga RM4.50 hingga RM3 dijual pada harga RM1.50 sahaja,” katanya.

Jamawi berkata, bagi tanaman sayuran berdaun pula, benih diberikan secara percuma kepada peserta program.

Selain itu, katanya, kementerian turut memperkenalkan kursus penanaman halia menggunakan kaedah moden yang mampu meningkatkan hasil dan seterusnya menambah pendapatan isi rumah.

“Program tanaman halia ini merupakan antara inisiatif baharu yang kita laksanakan sejak awal tahun menggunakan sistem yang lebih moden dan sistematik. Kaedah ini dapat menghasilkan pulangan yang lebih lumayan kepada peserta,” katanya.

Mengulas amaran kemungkinan berlakunya fenomena Super El Nino pada November ini, Jamawi berkata, kementeriannya telah mengadakan perbincangan dengan agensi berkaitan bagi memastikan komuniti pertanian membuat persediaan awal.

Beliau berkata, petani dinasihatkan supaya tidak membuka kawasan baharu secara besar-besaran serta mula menyediakan kolam takungan kecil di kebun masing-masing sebagai sumber bekalan air semasa musim kering.

“Kita juga memberi kesedaran kepada petani, penternak dan nelayan bahawa fenomena El Nino yang mungkin berpanjangan selama tiga hingga empat bulan boleh memberi kesan langsung kepada sektor pertanian, perikanan, industri makanan dan penternakan.

“Dengan persediaan awal, kita berharap impak yang bakal berlaku dapat dikurangkan,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Ruslan Muharam; Setiausaha Tetap MAFFI, Datuk Jumain Abdul Ghani; Timbalan Setiausaha Tetap MAFFI, Maria David Edick; dan Penolong Pegawai Daerah Tenom, Dr. Zulasri Piting.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …