18,752 WARGA KOTA KINABALU NIKMATI BANTUAN KEBAJIKAN RM48.6 JUTA

RINA

KOTA KINABALU: Seramai 18,752 penduduk di Bahagian Kota Kinabalu menerima bantuan kebajikan bulanan membabitkan peruntukan keseluruhan RM48.62 juta sehingga Jun tahun ini.

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal, berkata bantuan itu disalurkan menerusi lapan skim kebajikan di bawah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA).

Katanya, bagi bantuan kerajaan negeri, Skim Bantuan Am (SBAM) mencatat penerima tertinggi iaitu 6,489 orang, diikuti Skim Bantuan Anak Yatim (SBAY) seramai 640 orang.

“Bagi bantuan kerajaan Persekutuan pula, Bantuan Warga Emas (BWE) merekodkan jumlah penerima tertinggi iaitu 7,196 orang.

“Ia diikuti Bantuan Kanak-Kanak (BKK) seramai 1,402 penerima, Bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan Pesakit Kronik (BPT) 1,538 penerima, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) 910 penerima, Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) 569 penerima serta Bantuan Anak Pelihara (BAP) lapan penerima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Grace Lee Li Mei, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Rina berkata, kerajaan negeri masih mengekalkan kadar bantuan kebajikan negeri antara RM200 hingga RM350 sebulan.

Menurutnya, sebarang cadangan menaikkan kadar bantuan bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan negeri, manakala kenaikan bantuan kebajikan Persekutuan tertakluk kepada pengumuman Belanjawan Persekutuan oleh Perdana Menteri.

Dalam masa sama, katanya, kerajaan negeri dan Persekutuan turut meningkatkan syarat kelayakan pemohon berdasarkan Panduan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

“Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak dipertimbangkan dinaikkan daripada RM1,198 pada 2025 kepada RM1,236 pada tahun ini, manakala pendapatan per kapita meningkat daripada RM322 kepada RM348.

“Langkah ini membolehkan lebih ramai golongan yang benar-benar memerlukan menikmati bantuan kebajikan selaras dengan peningkatan kos sara hidup,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …