AWAS! IKLAN JAWATAN KOSONG ATENDAN HOSPITAL (KKM) PALSU!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa iklan jawatan kosong Atendan Hospital (KKM) yang tular di media sosial baru-baru ini adalah palsu. Iklan ini merupakan satu bentuk penipuan yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.

Ciri-ciri penipuan yang jelas:

  • Menggunakan logo, cop rasmi dan imej pegawai KKM tanpa kebenaran.
  • Menjanjikan gaji tinggi (RM4,700+) serta tawaran mudah tanpa syarat kelayakan yang ketat.
  • Meminta calon mendaftar melalui pautan luar atau “link di bio”.
  • Menggunakan kaedah pengambilan yang tidak mengikut saluran rasmi.

KKM tidak pernah mengiklankan sebarang kekosongan jawatan melalui platform media sosial secara langsung atau tidak langsung serta meminta bayaran bagi tujuan pendaftaran.

Semua proses pengambilan kakitangan KKM dilakukan secara telus melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau portal rasmi KKM sahaja.

Nasihat KKM kepada orang ramai:

  • Jangan klik sebarang pautan yang disertakan.
  • Jangan berkongsi maklumat peribadi, nombor akaun bank atau membuat sebarang bayaran yang mencurigakan.
  • Sahkan segala tawaran pekerjaan KKM hanya melalui laman web rasmi KKM atau SPA.

Laporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya anda menjadi mangsa atau menerima iklan sedemikian.

 

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …