PPM, MPOB RAMPAS ISIRUNG SAWIT LEBIH RM600,000

RAMPAS: Isirung kelapa sawit dan beberapa jentera yang dirampas dalam operasi bersepadu PPM Wilayah 4 Sabah bersama MPOB di Lahad Datu. 

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Lahad Datu merampas isirung kelapa sawit (kernel) bernilai lebih RM600,000 dalam serbuan di sebuah premis di Jalan POIC, di sini, semalam.

Dalam operasi itu, beberapa aset yang dipercayai digunakan bagi aktiviti penyimpanan dan pengendalian isirung kelapa sawit tanpa lesen turut dirampas.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abd Rahman berkata, serbuan dijalankan hasil risikan dan kerjasama strategik antara PPM dan MPOB.

Katanya, ketika serbuan dijalankan, beberapa pekerja dipercayai melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan penguat kuasa.

“Semua isirung kelapa sawit dan aset yang dirampas disyaki disimpan serta dikendalikan tanpa lesen yang sah.

“Kes disiasat mengikut Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sepanjang tempoh Januari hingga Julai tahun ini, PPM Wilayah 4 Sabah merekodkan 11 kes di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998.

“Sepanjang tempoh itu, nilai keseluruhan rampasan melebihi RM8.7 juta dengan seramai 25 individu ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Ahmad Amri berkata, PPM Wilayah 4 Sabah akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi penguat kuasa lain dalam membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Katanya, tindakan berterusan itu penting bagi melindungi kepentingan industri sawit negara serta memastikan semua pihak mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

KUASAI AI, SEDIA HADAPI PERUBAHAN DUNIA

TERIMA KASIH: Sapawi (dua kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Isnin sempena majlis perasmian itu. KOTA KINABALU: Kerajaan terus memperkukuhkan agenda pembangunan …

TARIKH-TARIKH PENTING PILIHANRAYA NEGERI MELAKA KE 16 – TIDAK BENAR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan bahawa grafik berhubung “Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16” yang sedang tular …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …