AWAS! SENGATAN OBOR-OBOR DI KAWASAN PANTAI

Musim orang ramai turun ke pantai, mandi laut dan beriadah bersama keluarga kita perlu lebih berhati-hati dengan risiko sengatan obor-obor.

Sengatan obor-obor bukan sekadar rasa pedih biasa. Dalam sesetengah kes, ia boleh menyebabkan gejala yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera.

Antara gejala awal yang boleh berlaku ialah:

  • Sakit
  • Gatal
  • Rasa panas pada kulit
  • Kemerahan
  • Timbul jalur atau birat berwarna merah, coklat atau ungu pada kawasan yang disengat

Bagi kes yang lebih teruk, mangsa mungkin mengalami:

  • Loya
  • Muntah
  • Sakit perut
  • Kesukaran bernafas
  • Sakit kepala
  • Lemah badan, keliru atau pengsan
  • Kesakitan atau kebas pada otot
  • Sakit dada

Jika terkena sengatan obor-obor, jangan panik. Lakukan langkah berikut:

  • Keluar dari laut serta-merta
  • Cabut sesungut obor-obor menggunakan perkakas seperti garpu atau pakai sarung tangan jika terdapat sesungut pada kulit
  • Jangan gosok kawasan yang disengat
  • Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan
  • Penting: Jika gejala semakin teruk, terutama sesak nafas, sakit dada, muntah berterusan, lemah badan atau pengsan segera dapatkan rawatan perubatan.

Jaga diri, pantau anak-anak ketika mandi laut dan sentiasa peka dengan keadaan persekitaran pantai.

  • Kongsikan info ini supaya lebih ramai orang tahu dan lebih berhati-hati

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia / MyHealth

Artikel/Berita Terkini

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …

KESIAPSIAGAAN BANJIR: USAHA MELINDUNGI MURID DAN MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PENDIDIKAN DI TERENGGANU

Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada hujung Oktober 2026 menuntut kesiapsiagaan menyeluruh bagi melindungi keselamatan warga pendidikan serta …