TAHUKAH ANDA? KADAR FI PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA BAHARU

Pasport Malaysia Antarabangsa bukan sekadar dokumen perjalanan, malah merupakan lambang kedaulatan negara yang dilengkapi 94 ciri keselamatan terkini bagi melindungi identiti rakyat Malaysia. Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen Malaysia terus komited memperkukuh penyampaian perkhidmatan dengan menawarkan pilihan tempoh sah laku lima (5) tahun dan sepuluh (10) tahun mengikut kelayakan pemohon.

KDN akan terus memastikan perkhidmatan pasport sentiasa cekap, selamat dan memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa demi kemudahan rakyat.

Antara kadar fi Pasport Malaysia Antarabangsa Baharu adalah seperti berikut:

18 hingga 59 tahun:

  • Pasport 5 Tahun: RM200
  • Pasport 10 Tahun: RM350

13 hingga 17 tahun:

  • Pasport 5 Tahun: RM200
  • Pasport 10 Tahun: Tidak Layak

60 tahun dan ke atas:

  • Pasport 5 Tahun: RM100
  • Pasport 10 Tahun: RM175

Kanak-kanak di bawah 12 tahun, pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di luar negara serta jemaah haji:

  • Pasport 5 Tahun: RM100
  • Pasport 10 Tahun: Tidak Layak

Orang Kurang Upaya (OKU):

  • OKU berumur 18 tahun ke bawah: Pasport 5 Tahun adalah PERCUMA
  • OKU berumur 18 tahun ke atas: Pasport 10 Tahun adalah PERCUMA (tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan)

Dengan penerimaan di lebih 180 buah negara, Pasport Malaysia terus menjadi antara dokumen perjalanan yang diyakini di peringkat antarabangsa. Penambahbaikan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang lebih pantas, efisien dan mengutamakan keperluan rakyat.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri & Jabatan Imigresen Malaysia

Artikel/Berita Terkini

11 TAHANAN WARGA THAILAND DIHANTAR PULANG MELALUI ICQS RANTAU PANJANG

Seramai 11 tahanan warganegara Thailand dihantar pulang ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, …

PENAGIH DAN PENYALAH GUNA DADAH TERENGGANU TURUN 7.2 PERATUS

Jumlah penagih dan penyalah guna dadah di Terengganu menurun 7.2 peratus kepada 7,582 orang pada suku pertama 2026 berbanding 8,174 …

TINDAKAN DAN LANGKAH UNTUK MENANGANI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN GOLONGAN PROFESIONAL

Penyalahgunaan dadah bukan lagi isu terhad kepada golongan penganggur atau belia sahaja. Kini ia turut membabitkan golongan profesional seperti pekerja …