AWAS PENIPUAN PELABURAN “SCAMMER”

“Saya masukkan RM500 je semalam, hari ini dah jadi RM2,000!!”

Nampak meyakinkan?

Itulah yang scammer mahu anda percaya.

Mereka akan tunjuk keuntungan besar, testimoni palsu dan gaya hidup mewah untuk membuatkan anda rasa anda sedang terlepas peluang keemasan.

Tetapi apabila anda mula memasukkan lebih banyak wang, keuntungan tiba-tiba tidak boleh dikeluarkan. Akhirnya, bukan untung yang anda dapat, malah simpanan pula lesap.

Jika sesuatu pelaburan menjanjikan keuntungan luar biasa dalam masa singkat, itu petanda untuk lebih berhati-hati, bukan lebih teruja.

Jangan kejar duit cepat sehingga hilang duit yang ada.

#KempenInternetSelamat

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Artikel/Berita Terkini

PERKUKUH SINERGI PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN KAWASAN PERAIRAN MELAKA

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, mengetuai lawatan kerja bersama agensi strategik ke Rumah …

Barah Judi Atas Talian di Kalangan Belia Membimbangkan: Impak dan Langkah Menangani

Isu perjudian dalam talian (judi online) di Malaysia kini semakin membarah dan menjadi barah sosial dalam kalangan belia. Berdasarkan kenyataan …

Kenderaan Rosak Tersadai Di Parkir Awam dan Tepi Jalan: Impak dan Langkah Menangani

Fenomena kenderaan rosak, buruk dan terbiar yang ditinggalkan di petak parkir awam, PPR dan bahu jalan semakin kritikal.Di seluruh negara, …