ππ„π‘πŒπ”π‹π€ 𝟏 π‰π”π‹π€πˆ: π€πŒππˆπ‹ πŒπ€πŠπ‹π”πŒ 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 ππ„ππ“πˆππ† π”ππ“π”πŠ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐓𝐀𝐇𝐔𝐀𝐍 ππ„π‘π’π€πŒπ€

Bermula 1 Julai 2026, beberapa inisiatif dan penambahbaikan baharu dilaksanakan bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan, meningkatkan tahap keselamatan, memperluas manfaat kebajikan serta memperkemas sistem penyampaian kepada rakyat.

Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

βœ… Pasport Malaysia Baharu

Pasport Malaysia dengan reka bentuk baharu serta 94 ciri keselamatan berteknologi tinggi mula dikeluarkan secara berperingkat bagi meningkatkan tahap keselamatan dokumen perjalanan negara.

β›½ Mekanisme Baharu Diesel Bersubsidi (BUDI MADANI)

Individu yang layak kini boleh menikmati harga diesel bersubsidi pada kadar RM2.10 seliter, tertakluk kepada syarat kelayakan dan kuota yang ditetapkan.

πŸ“š Baucar Buku MADANI

Baucar buku bernilai RM100 mula dimanfaatkan oleh kira-kira 2.2 juta pelajar bagi menggalakkan budaya membaca serta memperkukuh ekosistem ilmu negara.

🏧 Pemansuhan Caj Pengeluaran Tunai Antara Bank

Pengguna kad debit tempatan kini boleh membuat pengeluaran tunai di ATM dan Smart Recycler Machine (SRM) tanpa dikenakan caj RM1 bagi transaksi antara bank.

πŸ’» Pendigitalan Urusan KWSP

Semua pembayaran caruman KWSP dilaksanakan sepenuhnya melalui saluran digital seperti i-Akaun atau ejen yang dilantik, selaras dengan agenda pendigitalan perkhidmatan awam.

πŸ“Œ Orang ramai disarankan untuk merujuk sumber rasmi kerajaan bagi mendapatkan maklumat lanjut serta memastikan setiap perubahan ini dimanfaatkan sepenuhnya.

Sumber: Jabatan Perdana Menteri

Β 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …