EL NINO

El Nino Bukan Sekadar Cuaca Panas. Ia Ancaman Kesihatan Awam. Fenomena El Nino yang dijangka berterusan sehingga awal tahun 2027 bukan sekadar membuat cuaca terasa lebih panas dan kering. Ia boleh membawa kesan besar kepada kesihatan awam jika masyarakat tidak bersedia lebih awal.

Apabila suhu meningkat dan cuaca menjadi lebih kering, risiko strok haba dan dehidrasi juga meningkat. Golongan warga emas, kanak-kanak, pekerja luar, pesakit kronik dan individu yang kurang minum air lebih mudah terjejas.

Dalam masa yang sama, perubahan corak cuaca juga boleh mewujudkan keadaan yang menggalakkan pembiakan nyamuk di sesetengah kawasan. Cuaca panas dan kering yang berpanjangan turut meningkatkan risiko kebakaran hutan dan tanah gambut.

Ringkasnya, antara kesan kesihatan awam yang perlu diberi perhatian ialah:

  • Peningkatan risiko strok haba dan dehidrasi
  • Nyamuk menjadi lebih aktif dan kes denggi boleh meningkat
  • Jerebu yang menjejaskan kesihatan pernafasan
  • Risiko gangguan bekalan air yang turut menjejaskan kebersihan dan kesihatan komuniti

Oleh demikian, sila pantau cuaca semasa melalui aplikasi myCuaca dan saluran rasmi MET Malaysia. Minum air secukupnya, elakkan aktiviti luar ketika cuaca terlalu panas, musnahkan tempat pembiakan nyamuk dan kurangkan pendedahan kepada udara tercemar ketika jerebu berlaku.

Sumber: KKM

Artikel/Berita Terkini

KUASAI AI, SEDIA HADAPI PERUBAHAN DUNIA

TERIMA KASIH: Sapawi (dua kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Isnin sempena majlis perasmian itu. KOTA KINABALU: Kerajaan terus memperkukuhkan agenda pembangunan …

TARIKH-TARIKH PENTING PILIHANRAYA NEGERI MELAKA KE 16 – TIDAK BENAR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan bahawa grafik berhubung “Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16” yang sedang tular …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …