5 TANDA SLIP DISC YANG TIDAK TERJANGKA

5 TANDA SLIP DISC YANG TIDAK TERJANGKA

Antara 5 tanda slip disc yang orang selalu tidak sangka:

  1. Sakit menjalar ke kaki

Bukan sakit pinggang biasa. Rasa sakit boleh turun ke punggung, paha, betis atau kaki. Ada yang rasa mencucuk, panas atau seperti renjatan elektrik.

  1. Kebas atau semut-semut

Kaki rasa kebas, mencucuk-cucuk atau kurang deria rasa. Ini boleh berlaku apabila saraf mula tertekan.

  1. Kaki rasa lemah

Tiba-tiba mudah tersadung, susah angkat kaki, atau rasa kaki tidak sekuat biasa. Ini bukan tanda yang patut diabaikan.

  1. Sakit bertambah bila batuk atau bersin

Nampak pelik, tetapi tekanan ketika batuk, bersin atau meneran boleh menyebabkan sakit saraf menjadi lebih ketara.

  1. Sakit leher yang turun ke bahu, lengan atau jari

Slip disc bukan hanya berlaku di pinggang. Jika berlaku di bahagian leher, rasa sakit atau kebas boleh turun hingga ke tangan.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …