SIMPANAN KWSP TIDAK SEMESTINYA CUKUP UNTUK PERSARAAN

Kisah tular seorang warga emas berusia 65 tahun yang terpaksa kembali bekerja selepas menghabiskan simpanan KWSP sekitar RM400,000 menjadi peringatan bahawa jumlah simpanan yang kelihatan besar ketika muda mungkin tidak mencukupi apabila bersara.

Kos sara hidup seperti makanan, bil utiliti, ubat-ubatan dan rawatan kesihatan menyebabkan simpanan persaraan boleh susut dengan cepat. Malah, data KWSP menunjukkan majoriti ahli menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh kurang lima tahun selepas bersara.

Walaupun peratus ahli yang mencapai Simpanan Asas KWSP meningkat kepada 38.3% setakat Julai 2025, masih ramai belum benar-benar bersedia menghadapi persaraan jangka panjang. Akibatnya, semakin ramai warga emas terpaksa bekerja semula sebagai pemandu e-hailing, pengawal keselamatan, peniaga kecil dan melakukan pelbagai pekerjaan demi meneruskan kehidupan.

Persaraan yang selesa bukan hanya bergantung kepada jumlah simpanan, tetapi juga bagaimana simpanan itu diurus supaya dapat bertahan sepanjang hayat.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

11 TAHANAN WARGA THAILAND DIHANTAR PULANG MELALUI ICQS RANTAU PANJANG

Seramai 11 tahanan warganegara Thailand dihantar pulang ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, …

PENAGIH DAN PENYALAH GUNA DADAH TERENGGANU TURUN 7.2 PERATUS

Jumlah penagih dan penyalah guna dadah di Terengganu menurun 7.2 peratus kepada 7,582 orang pada suku pertama 2026 berbanding 8,174 …

TINDAKAN DAN LANGKAH UNTUK MENANGANI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN GOLONGAN PROFESIONAL

Penyalahgunaan dadah bukan lagi isu terhad kepada golongan penganggur atau belia sahaja. Kini ia turut membabitkan golongan profesional seperti pekerja …