AWAS ANDA SENTIASA DI PERHATIKAN

Pelaksanaan tugas secara Bekerja Dari Rumah (BDR) adalah satu amanah yang memerlukan tahap disiplin dan profesionalisme yang tinggi. BDR menuntut setiap warga kerja untuk sentiasa Berusaha, Disiplin, dan Rajin dalam memastikan kelancaran operasi.

Bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan sentiasa pada tahap optimum, mari bersama-sama kita praktikkkan lima teras utama ini walau di mana jua kita berada:

  • Bekerja dengan jujur dan amanah
  • Fokus kepada tanggungjawab yang diberikan
  • Hormat-menghormati antara satu sama lain
  • Kekalkan disiplin masa dan patuhi peraturan
  • Sentiasa meningkatkan kualiti hasil kerja

Integriti bukan sekadar mematuhi arahan, tetapi keupayaan membuat pertimbangan yang tepat walaupun tiada sesiapa yang melihat. Lakukan yang terbaik bukan kerana diperhatikan, tetapi kerana tindakan itu adalah betul.

 

Sumber : Unit Integriti  Kementerian Komunikasi

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …