DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Program Kempen Internet Selamat di SJKC Chung Shan telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama NADI BATU MAUNG bagi memberi pendedahan kepada para murid mengenai amalan penggunaan internet yang selamat, beretika dan bertanggungjawab dalam era digital.
Sepanjang program, para peserta telah didedahkan kepada topik keselamatan siber seperti cara melindungi maklumat peribadi, mengenali ancaman penipuan dalam talian, mengelakkan buli siber serta mengamalkan penggunaan media sosial secara bijak. Sesi interaktif yang dijalankan turut meningkatkan kefahaman murid tentang kepentingan menjadi pengguna internet yang berhemah dan bertanggungjawab.
Semoga program ini dapat melahirkan generasi celik digital yang lebih peka terhadap keselamatan siber serta mampu menggunakan teknologi secara positif demi kesejahteraan diri dan masyarakat.
Sumber : Nadi Bayan Lepas https://www.facebook.com/profile.php?id=61560639877476



