PROGRAM JUALAN MADANI KOPERASI BANTU RINGANKAN BEBAN KOS SARA HIDUP

LANCARKAN: Haji Awg. Ruslli menyempurnakan Program Jualan Madani Koperasi sempena Regatta Lepa 2026.

SEMPORNA: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah telah melaksanakan Program Jualan Madani Koperasi sempena Regatta Lepa 2026 yang menawarkan diskaun sehingga 20 peratus, sebagai inisiatif membantu rakyat mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga berpatutan.

Program Jualan Madani Koperasi yang diadakan sempena sambutan Regatta Lepa telah disempurnakan oleh Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sabah, Haji Awg. Ruslli Mohamad.

Katanya, ia merupakan usaha berterusan dalam memperkukuhkan peranan gerakan koperasi bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyokong pembangunan ekonomi komuniti.

JUALAN: Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan harian pada harga berpatutan yang menawarkan sehingga 20 peratus diskaun sempena Program Jualan Madani Koperasi di Regatta Lepa 2026.

Program terbabit turut melibatkan Koperasi Pengusaha Laut Semporna Berhad dalam penyelarasan pelaksanaannya, sekali gus membuktikan keupayaan koperasi tempatan sebagai rakan strategik dalam menjayakan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat dan merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

Menurutnya, pelaksanaan itu juga selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat melalui penawaran harga yang lebih kompetitif dan berpatutan.

“Selain itu, ia juga memberi peluang kepada koperasi untuk memperluaskan jaringan pasaran serta meningkatkan hasil jualan menerusi kehadiran ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara yang menghadiri Regatta Lepa 2026,” katanya.

Tambahan itu, penganjuran Program Jualan Madani Koperasi juga mencerminkan komitmen berterusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam menyantuni rakyat melalui pelbagai inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada koperasi dan masyarakat, sekali gus memperkukuhkan kedudukan koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti dan kesejahteraan rakyat.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …