OBESITI VS LIPEDEMA

Ada orang ingat semua saiz badan yang besar itu obesiti. Tapi sebenarnya, ada keadaan tertentu yang nampak seperti obesiti, sedangkan ia adalah masalah pengumpulan lemak yang berbeza. Salah satunya ialah lipedema.  Obesiti biasanya melibatkan pengumpulan lemak badan secara lebih menyeluruh. Berat badan boleh naik, ukuran pinggang bertambah, dan risiko penyakit seperti diabetes, darah tinggi serta kolesterol juga boleh meningkat.

Lipederma pula selalunya berlaku apabila lemak berkumpul secara tidak seimbang, terutama dibahagian peha, punggung, betis atau lengan. Badan bahagian atas mungkin kelihatan lebih kecil, tetapi kaki Nampak lebih besar, berat, sakit, mudah lebam dan kadang-kadang tidak banyak berubah walaupun sudah cuba diet atau bersenam.

Antara tanda yang boleh membuat seseorang curiga kepada lipedema ialah kaki terasa berat atau sakit bila ditekan, mudah lebam tanpa sebab jelas, saiz kedua-dua kaki membesar hamper sama, tetapi tapak kaki biasanya tidak terlibat. Yang penting, jangan cepat menghukum diri sendiri sebagai “malas”, “tak cukup usaha” atau “gagal diet”.

Kadang-kadang, badan sedang memberi isyarat bahawa ia perlukan pemeriksaan yang lebih tepat. Jika anda rasa bentuk badan tidak seimbang, kaki kerap sakit, mudah lebam dan perubahan tidak setara walaupun berat badan turun, dapatkan penilaian doctor. Bukan untuk mencari salah, tetapi untuk faham apa yang sebenarnya berlaku pada tubuh sendiri.  Tubuh kita bukan untuk dihina. Tubuh kita perlu difahami.

 

Sumber:publichealthmalaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …