BERDENGKUR BUKAN BIASA BOLEH JADI OSA

“Dia Nampak sihat. Cuma kuat berdengkur.”

Ayat ini kedengaran biasa, tetapi kadang-kadang di situlah amaran yang paling awal.  Bila berlaku kemalangan mengantuk atau kematian mengejut ketika tidur, kita selalu fikir tentang jalan, kendengaran, tekanan kerja atau serangan jantung. Tetapi ada satu perkara yang ramai masih pandang ringan.

Obstructive Sleep Apnea (OSA) bukan sekadar berdengkur kuat. Dalam OSA, saluran pernfasan boleh tersumbat berulang kali ketika tidur. Nafas berhenti seketika, oksigen jatuh, otak terjaga tanpa kita sedar, kemudian tidur bersambung semula. Malam nampak seperti tidur. Tetapi badan sebenarnya sedang bertarung.  Sebab itu ada orang tidur lama, tetapi bangun tidur letih. Ada yang mudah mengantuk waktu memandu. Ada yang tertidur depan TV, dalam mesyuarat, atau ketika menunggu lampu merah.  Ada juga yang sudah ada darah tinggi, sakit kepala waktu pagi, cepat marah, susah fokus, tetapi tidak pernah mangaitkannya dengan tidur.

Yang lebih membimbangkannya, OSA bukan hanya berlaku kepada orang yang sangat obes. Memang berat badan berlebihan meningkatkan risiko, tetapi orang yang “gemuk sikit”, berleher besar, rahang kecil, tonsil besar, hidung tersumbat kronik atau struktur saluran nafas sempit juga boleh mengalaminya. Jangan tunggu sampai hampir terlelap ketika memandu. Jangan tunggu sampai tekanan darah makin susah dikawal.

Jika anda berdengkur kuat, sering tersedak ketika tidur, pasangan pernah Nampak anda berhenti bernafas, bangun pagi dengan sakit kepala atau mengantuk teruk pada siang hari, itu bukan sekadar penat kerja.  Itu tanda yang patut disaring.

OSA boleh dirawat. Pemeriksaan boleh dibuat. Rawatan seperti perubahan gaya hidup, alat bantuan pernafasan waktu tidur dan rawatan ENT tertentu boleh membantu mengurangkan risiko. Kadang-kadang, menyelamatkan nyawa bukan bermula dengan ubat yang besar.  Ia bermula dengan satu soalan kecil:

“Tidur saya sebenarnya berkualiti ke?”

 

 

 

Sumber: Publichealthmalaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …