MAJIKAN DIKOMPAUN RM85,000 LINDUNGI 17 PTI

KENINGAU: Sebuah syarikat dikenakan kompaun RM85,000 selepas didapati melindungi 17 Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) di premis di bawah kawalannya.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan tindakan itu diambil mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) selepas majikan berkenaan didapati dengan munasabah melakukan kesalahan melindungi warga asing tanpa izin.

Menurut kenyataan itu, kompaun berkenaan dikeluarkan atau ditawarkan selepas mendapat persetujuan Timbalan Pendakwa Raya selaras dengan Seksyen 58A Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, kadar kompaun yang dikenakan ialah RM5,000 bagi setiap PTI, warga asing atau imigran haram yang didapati melakukan kesalahan atau bertindak bertentangan dengan peruntukan akta berkenaan.

“Berdasarkan jumlah 17 PTI yang dilindungi, majikan berkenaan dikenakan kompaun keseluruhan sebanyak RM85,000 dan bayaran kompaun itu sudah dijelaskan,” menurut kenyataan itu.

Selain kompaun, syarikat terbabit turut menerima Notis Amaran Jabatan (NAJ) sebagai peringatan supaya tidak mengulangi kesalahan atau melakukan sebarang pelanggaran di bawah Akta Imigresen 1959/63 pada masa hadapan.

JIM Sabah menegaskan tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang melindungi atau menggaji PTI di negeri ini.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan akan terus diperkasakan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen negara.

Pada masa sama, orang ramai diseru menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan masing-masing.

Kerjasama masyarakat dianggap penting dalam membantu usaha membanteras kemasukan dan penempatan PATI serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …