Tribunal Bagi Antibuli (TAB) yang ditubuhkan di bawah Akta Antibuli 2026 [Akta 876] menyediakan saluran bagi mangsa buli untuk mendapatkan keadilan secara mudah, cepat dan tanpa kos bagi kejadian buli yang berlaku selepas 1 Mac 2026. TAB turut memberi ruang kepada mangsa untuk mendapatkan remedi yang bersesuaian tanpa menjejaskan hak mereka untuk mendapatkan keadilan melalui Mahkamah Jenayah.
TAB mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan aduan berkaitan perlakuan buli yang menyebabkan kemudaratan fizikal, psikologi atau sosial. Mangsa atau penjaga yang layak boleh mengemukakan aduan kepada TAB bagi mendapatkan penyelesaian yang adil serta perintah-perintah yang diperuntukkan di bawah akta bagi melindungi hak dan kebajikan mangsa.

Sumber: Laman Facebook Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM



