SEMAK “MULE CCID”

Sebelum melakukan sebarang transaksi, luangkan sedikit masa anda untuk membuat semakan terlebih dahulu. Langkah ini mampu membantu mengurangkan risiko daripada menjadi mangsa penipuan.

Buat semakan melalui portal rasmi Semak Mule CCID PDRM di pautan:

https://semakmule.rmp.gov.my/

Portal “Semak Mule CCID” adalah platform rasmi yang dibangunkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membolehkan orang ramai menyemak nombor akaun bank atau nombor telefon individu dan syarikat sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

Portal ini membolehkan orang ramai menyemak nombor akaun bank dan nombor telefon yang pernah dikaitkan dengan laporan jenayah komersial, sekali gus membantu pengguna membuat keputusan yang lebih selamat sebelum meneruskan sebarang urusan kewangan.

Tujuan utamanya adalah untuk melindungi anda daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian (scam) seperti scam belian barang, pelaburan palsu, atau love scam.

Jangan ambil ringan perkara ini. Sebagai pengguna yang bijak dan bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama meningkatkan kewaspadaan serta membanteras jenayah penipuan demi memastikan masyarakat kekal selamat dan berwaspada.

 

Sumber: Laman FB Jabatan Perkhidmatan Awam

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …