STATISTIK EKSPORT IMPORT MENGIKUT NEGERI, APRIL 2026

Siaran Terkini : 26 Mei 2026

Gambaran Keseluruhan

Empat negeri mencapai rekod jumlah perdagangan tertinggi baharu iaitu Pulau Pinang, Johor, Selangor dan W.P. Kuala Lumpur

Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM336.7 bilion pada April 2026 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM182.7 bilion dan RM154.0 bilion.

Eksport bernilai RM182.7 bilion pada April 2026, meningkat sebanyak RM49.2 bilion (+36.9%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Peningkatan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di Pulau Pinang (+RM33.5 bilion), Johor (+RM9.7 bilion), W.P. Kuala Lumpur (+RM3.5 bilion), Selangor (+RM2.5 bilion), Sarawak (+RM490.1 juta), Perak (+RM472.2 juta), Terengganu (+RM404.6 juta), Sabah (+RM188.3 juta), Perlis (+RM26.7 juta) dan Negeri Sembilan (+RM25.2 juta). Walau bagaimanapun, nilai eksport menurun di Pahang sebanyak RM573.5 juta, W.P. Labuan (-RM289.1 juta), Kedah (-RM188.6 juta), Melaka (-RM158.2 juta) dan Kelantan (-RM11.8 juta).

Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 45.1 peratus, diikuti oleh Johor (19.7%), Selangor (14.6%), Sarawak (5.3%) dan W.P. Kuala Lumpur (4.2%).

Pada masa yang sama, import pada bulan April 2026 meningkat RM25.6 bilion (+20.0%) berbanding bulan yang sama pada tahun 2025. Peningkatan import disebabkan oleh import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Johor (+RM18.6 bilion), Pulau Pinang (+RM9.6 bilion), Sarawak (+RM517.6 juta), Perak (+RM322.5 juta), Kedah (+RM294.8 juta), W.P. Labuan (+RM289.1 juta), Sabah (+RM211.6 juta), Terengganu (+RM165.4 juta), Negeri Sembilan (+RM127.0 juta), Pahang (+RM58.2 juta) dan Perlis (+RM40.9 juta). Walau bagaimanapun, nilai import menurun di Selangor sebanyak RM2.0 bilion, W.P. Kuala Lumpur (-RM1.3 bilion), Kelantan (-RM27.1 juta) dan Melaka (-RM8.0 juta).

Johor mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 28.0 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (25.3%), Selangor (23.4%), W.P. Kuala Lumpur (7.8%) dan Kedah (4.4%).

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …