DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Telah berlangsung program English Proficiency for Professional Communication (EPPC 2026) anjuran Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Am (JPA) bertempat di Dewan Makmal Bahasa 1 yang melibatkan penyertaan staf sokongan akademik.
Program ini dilaksanakan bagi memperkukuhkan kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris dalam kalangan peserta, khususnya dalam konteks persekitaran kerja yang profesional. Melalui pelbagai aktiviti interaktif dan latihan komunikasi yang dijalankan, peserta berpeluang meningkatkan penguasaan bahasa, memperkaya kosa kata serta membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam urusan harian dan tugasan rasmi.
Inisiatif ini selaras dengan usaha berterusan institusi dalam melahirkan warga kerja yang kompeten, berdaya saing dan mampu menyesuaikan diri dengan keperluan komunikasi semasa di peringkat nasional mahupun global.
Sumber : Politeknik Balik Pulau https://www.facebook.com/polibalikpulau



