USIA KOMITED PERKASA PEMBANGUNAN UMMAH, ASET ORGANISASI

ALBUM: Sapawi (duduk tengah) bergambar bersama semua AMT USIA pada mesyuarat berkenaan.

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) menegaskan komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan ummah serta memperkukuhkan pengurusan aset organisasi melalui pelbagai projek strategik yang sedang dilaksanakan di negeri ini.

Yang Dipertua USIA, Datuk Sapawi Ahmad berkata, mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) USIA yang diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu menjadi platform penting dalam memperkukuh hala tuju organisasi.

Katanya, pertemuan itu turut membincangkan perkembangan semasa pelbagai program dan projek pembangunan di bawah USIA demi manfaat umat Islam di Sabah.

“Mesyuarat ini menjadi ruang penting untuk kita memperkukuh kesepaduan kepimpinan serta menilai pelaksanaan program yang sedang berjalan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, antara projek pembangunan yang sedang giat dilaksanakan di tanah milik USIA termasuk Projek Plaza Sipadan di Semporna, pembangunan The Play Ground Kota Kinabalu di Sembulan, serta pembinaan Pusat Latihan Dakwah (PLD) USIA–Al Bukhary di Kota Marudu.

Selain itu, katanya, projek menaik taraf Bangunan Lama USIA di Bulatan Sembulan turut berada dalam perancangan bagi memastikan aset organisasi terus dimanfaatkan secara optimum.

Menurutnya, semua projek berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan USIA dalam memperkukuh peranan organisasi bukan sahaja dalam bidang dakwah, malah merangkumi pendidikan, pembangunan ekonomi dan kebajikan masyarakat.

Dalam pada itu, beliau menegaskan USIA akan terus komited menggembleng kekuatan, kepakaran dan sumber sedia ada bagi memastikan amanah umat Islam diurus dengan penuh integriti dan tanggungjawab.

“Dengan semangat kebersamaan semua pihak, USIA akan terus kekal relevan dalam memperjuangkan syiar Islam serta menyumbang kepada pembangunan Sabah yang lebih maju dan sejahtera,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN BERI LEBIH TUMPUAN KEPADA “EKONOMI RAKYAT”: FAHMI

Fahmi menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada petugas pada Majlis APC Kementerian Komunikasi Zon Sabah hari ini. – Gambar …

MELAKA REKOD 7.2 JUTA PELANCONG SETAKAT JUN, JANA EKONOMI RM7.27 BILION

Ayer Keroh – Melaka merekodkan lebih 7.2 juta pelancong sehingga Jun tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi …

TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN KEPADA SAYA – AZHAR ARSHAD

Ayer Keroh – Berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka selama dua tahun dan dua bulan menjadi antara pengalaman amat bermakna …