KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

YBhg. Dato’ Ir. Rajendran P. Anthony, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Tuan Abdul Latiff Bin Abd Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bersama delegasi beliau di Bilik Mesyuarat A, Tingkat 17, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR).

Dalam sesi kunjungan hormat tersebut, YBrs. Tuan Abdul Latiff Bin Abd Aziz merakamkan penghargaan kepada YBhg. Datuk Bandar atas kesudian menerima kunjungan delegasi PDC, di samping menyatakan komitmen pihak PDC untuk terus memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik bersama MBPP menerusi pelbagai perbincangan dan inisiatif pembangunan.
                                                                                                                                                                                Manakala YBhg. Datuk Bandar dengan sukacita dan berbesar hati menegaskan komitmen MBPP untuk terus bekerjasama dengan PDC dalam pelaksanaan projek pembangunan demi kepentingan negeri dan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.
                                                                                                                                                                                    Sumber : Majlis Bandaraya Pulau Pinang  https://www.facebook.com/majlisbandaraya.pulaupinang

Artikel/Berita Terkini

ESSCOM REKOD TINDAKAN, RAMPASAN RM407,644 DI BELURAN

RAMPASAN: Antara barang rampasan yang diperoleh dalam operasi berkenaan. BELURAN: Operasi Bersepadu Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) selama dua hari …

VESEL NELAYAN FILIPINA BERSAMA 65 KRU DITAHAN CEROBOH PERAIRAN NEGARA

RAMPAS: Kapal nelayan asing yang ditahan selepas disyaki menjalankan aktiviti penangkapan ikan tanpa kebenaran di perairan negara. KOTA KINABALU: Agensi …

LIMA INDIVIDU BERDEPAN 23 PERTUDUHAN BERKAITAN PROJEK PPRT

PROSIDING: Tertuduh diiring keluar selepas menjalani prosiding di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu. KOTA KINABALU: Lima individu berdepan keseluruhan 23 …