DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

Setiap titisan darah yang anda dermakan mampu memberi harapan baharu kepada pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan, pembedahan, pesakit kanser, talasemia dan ramai lagi.
Jom sertai Kempen Derma Darah Hospital Pulau Pinang yang berlangsung di pelbagai lokasi sekitar Pulau Pinang mulai 29 Mei hingga 4 Jun 2026.
Setiap beg darah yang berjaya dikumpulkan berpotensi membantu sehingga 3 nyawa. Bekalan darah yang mencukupi amat penting bagi memastikan keperluan pesakit di hospital sentiasa dapat dipenuhi.
Ajak ahli keluarga, rakan-rakan dan komuniti setempat untuk bersama-sama menderma darah.
Derma Darah, Derma Kehidupan. Terima kasih atas sokongan berterusan anda kepada Tabung Darah Hospital Pulau Pinang.
Sumber : Derma Darah Penang https://www.facebook.com/dermadarahpenang



