WARGA EMAS DICEKUP SIMPAN LEBIH LIMA KILOGRAM DAUN KETUM

SERBU: Polis menemukan daun dan air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kinabutan Besar Batu 5, Jalan Apas, Tawau.

TAWAU: Tindakan seorang warga emas menjadikan rumahnya sebagai tempat menyimpan bekalan daun dan air ketum terbongkar selepas diserbu polis di Kampung Kinabutan Besar Batu 5, Jalan Apas, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu, lelaki tempatan berusia 64 tahun terbabit ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, serbuan dilakukan hasil risikan dan operasi yang dijalankan di kawasan berkenaan.

Katanya, pemeriksaan di bahagian dapur rumah suspek menemukan sekarung guni mengandungi 5,572.29 gram daun ketum.

“Polis turut merampas empat botol berisi cecair hijau disyaki air ketum berjumlah 10.5 liter dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM510.10.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku membeli daun ketum daripada seorang lelaki yang dikenalinya menerusi aplikasi Facebook pada harga RM70 sekilogram,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek turut positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan berasingan, Jasmin berkata, polis turut menahan seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 20-an di Kampung Kurnia Jaya Batu 4, Jalan Apas kira-kira jam 2.45 petang hari sama.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap suspek menemukan satu paket plastik lutsinar mengandungi 0.17 gram syabu yang disimpan di dalam poket seluar hadapan sebelah kanan miliknya.

“Suspek yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu juga didapati positif amphetamine dan methamphetamine,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Jasmin turut memberi amaran keras kepada mana-mana individu supaya tidak terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah termasuk ketum kerana tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …