DIVIDEN: Ewon (tengah) menerima replika cek dividen KKIP Power yang disampaikan oleh Johnny pada majlis itu. Turut kelihatan Amisah (tiga dari kanan), Cecilia (dua dari kanan), Thomas (kanan) dan Peter (dua dari kiri).
KOTA KINABALU: K.K.I.P. Power Sdn Bhd (KKIP Power) menyerahkan dividen berjumlah RM3,136,500 kepada K.K.I.P. Sdn.Bhd di sini, hari ini.
Penyerahan dividen itu disampaikan oleh Pengerusi KKIP Power, Datuk Johnny Goh kepada Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi KKIP, Datuk Ewon Benedick dalam satu majlis ringkas sebelum mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah KKIP.
Ewon yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan berkata, dividen berkenaan mencerminkan prestasi positif syarikat serta komitmen berterusan anak syarikat KKIP itu dalam menyumbang kepada pembangunan industri dan ekonomi di Sabah.
Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif KKIP, Cecilia Amid; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Thomas Logijin; serta Ketua Pegawai Eksekutif KKIP Power, Datuk Peter Lajumin; dan Timbalan Pengerusi KKIP Datuk Amisah Yassin.
KKIP Power merupakan pemegang lesen pengagihan elektrik bagi kawasan perindustrian di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) dan memainkan peranan penting dalam menyokong keperluan utiliti serta pembangunan sektor industri di taman perindustrian itu.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
Sumber: Utusan Borneo Online



