JPJ SABAH SITA DUA KENDERAAN MEWAH DALAM OPS LUXURY

SITA: Dua kenderaan mewah disita selepas melanggar peruntukan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KOTA KINABALU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah menyita dua kenderaan mewah di dua lokasi berasingan di Sabah serta Labuan dalam usaha mempergiat Ops Luxury.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) disita di Jalan Lintas, Kepayan, Kota Kinabalu selepas dikesan menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh selain tidak memiliki perlindungan insurans yang sah.

Sementara itu, kenderaan kedua pula disita di Jalan Merdeka, Wilayah Persekutuan Labuan dengan kesalahan menggunakan LKM tamat tempoh.

Pengarah JPJ Sabah, Datuk Mohd Harris Ali berkata, kedua-dua kesalahan itu melanggar peruntukan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 mengikut Seksyen 23(1), manakala kes pertama turut membabitkan Seksyen 90(1).

“Semua kenderaan terbabit disita untuk tindakan lanjut mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Operasi ini akan diteruskan secara berterusan dan JPJ tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk pendakwaan mahkamah terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang jalan raya,” katanya menerusi kenyataan media.

Menurutnya, semua pemilik kenderaan diingatkan supaya memastikan LKM dan insurans sentiasa aktif bagi melindungi pengguna jalan raya selain memastikan pematuhan undang-undang demi keselamatan bersama

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …