CUACA PANAS EKSTREM: JEMAAH MALAYSIA DIINGAT KURANGKAN AKTIVITI LUAR

JEMAAH haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan dan mengurangkan aktiviti luar susulan cuaca panas ekstrem di Arab Saudi.

Makkah: Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan dan mengurangkan aktiviti luar susulan cuaca panas ekstrem di Arab Saudi yang dijangka mencecah suhu 48 darjah Celsius dalam tempoh terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, peringatan itu amat penting memandangkan kemuncak ibadah haji serta operasi Masyair bakal berlangsung dalam keadaan suhu yang tinggi.

Beliau berkata, jemaah disaran menggunakan laluan berbumbung atau membawa payung ketika bergerak ke Masjidil Haram, selain memastikan pengambilan air mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi dan strok haba.

“Jemaah juga digalakkan untuk kekal berada di dalam khemah ketika operasi Masyair nanti bagi mengelakkan terdedah kepada cuaca terlalu panas, terutama ketika waktu wukuf,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, pasukan perubatan haji Malaysia kini berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi dengan pelbagai langkah proaktif disusun bersama pihak berkuasa Arab Saudi bagi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah sepanjang musim haji, khususnya ketika operasi Masyair berlangsung.

Semalam, Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi mengeluarkan notis amaran cuaca panas ekstrem dengan suhu di sekitar Makkah dijangka mencecah 48 darjah Celsius.

Kerajaan Arab Saudi menetapkan 1 Zulhijah 1447H ialah pada Isnin lalu, manakala hari wukuf di Arafah iaitu kemuncak ibadah dijangka berlangsung kurang daripada seminggu lagi

Sumber  https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1360032/cuaca-panas-ekstrem-jemaah-malaysia-diingat-kurangkan-aktiviti-luar

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …