112 PTI WARGA FILIPINA DIHANTAR PULANG KE NEGARA ASAL

PEMINDAHAN: Semua PTI warga Filipina yang ditahan di Depot Imigresen Kota Kinabalu dihantar pulang ke negara asal.

LAHAD DATU: Seramai 112 Pendatang Tanpa Izin (PTI) warga Filipina dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan PTI yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, semalam.

Program pemindahan itu dijalankan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu melalui Pelabuhan Lahad Datu menuju ke Pelabuhan Bongao, Tawi-Tawi, Filipina menggunakan feri komersial.

Pengarah JIM Sabah, Datuk Sitti Saleha Habib Yussof berkata, semua tahanan terbabit terdiri daripada 63 lelaki dewasa, 34 wanita dewasa, lapan kanak-kanak lelaki dan tujuh kanak-kanak perempuan berusia antara empat bulan hingga 66 tahun.

Katanya, kanak-kanak yang mengikuti program itu turut diiringi ibu bapa atau penjaga masing-masing.

“Kesemua tahanan PTI terbabit sudah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang ditetapkan selain memiliki dokumen perjalanan sah bagi membolehkan mereka dipindahkan ke negara asal.

“Sehingga hari ini, seramai 1,947 warga Filipina sudah dipindahkan ke negara asal daripada keseluruhan 3,085 tahanan PTI warga asing yang dihantar pulang,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, kerajaan negeri kini turut melaksanakan Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah (S.W.I.M.S) bagi mengurus serta merekod keberadaan pekerja asing di negeri ini.

Katanya, inisiatif itu dijangka membantu mengekang isu lambakan PTI dan masalah dokumentasi pekerja asing di Sabah.

Sitti Saleha turut mengingatkan majikan supaya tidak menggaji atau melindungi pekerja asing tanpa dokumen sah.

“JIM Sabah tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang melindungi PTI.

“Majikan boleh dikenakan tindakan tegas mengikut Akta Imigresen 1959/63 termasuk denda sehingga RM50,000, hukuman penjara dan sebatan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …